Free Web Hosting  

Dasar Penswastaan

 

      Seiring dengan Dasar Pensyarikatan Malaysia yang telah terbukti berjaya meningkatkan kerjasama sector awam dan swasta program penswastaan juga terus diberi penekanan sebagai sebahagian  daripada rangka kerja mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara. Perlaksanaan dasar Penswastaan telah banyak membantu negara mengurangkan perbelanjaan pembangunan yang ditanggung oleh Kerajaan , menjimatkan belanja mengurus , disamping memberi hasil  tambahan  .Program  penswastaan  juga terbukti berjaya merangsang pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan kecekapan projek-projek yang diswastakan , disamping memberi kesan gandaan kepada ekonomi . Pembinaan lebuhraya misalnya telah berjaya meningkatkan pertumbuhan dalam aktiviti pembuatan yang berkaitan dengan industri pembinaan disamping menjimatkan masa perjalanan dan mengurangkan kos kendalian kenderaan . Melalui program penswastaan juga , lebih banyak sumber di belanjakan oleh kerajaan untuk sector lain dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan sector tersebut.

 

Dasar Penswastaan berkembang secara berperingkat oleh kerana Malaysia tidak mempunyai sebarang model untuk dicontohi. Pada peringkat awal program Penswastaan dijalankan secara ad hoc. Berasaskan pengalaman yang singkat Garis Panduan Penswastaan telah berjaya disediakan pada tahun 1985. sebagai penduan kepada agensi-agensi awam dalam perlaksanaan program ini. .Garis panduan ini menjelaskan mekanisme dan kaedah perlaksanaan program penswastaan dan merupakan proses awal kerajaan dalam menyelaras perlaksanaan dasar tersebut. Seterusnya tindakan yang lebih bersepadu telah diambil apabila Pelan Induk Penswastaan (PIP) digubal pada tahun 1991. Pelan Induk ini meletakkan batu asas kepada perlaksanaan Dasar Penswastaan yang selaras , sistematik dan komprehensif. Ia merupakan dokumen penting yang menjelaskan rangka kerja dasar yang menyeluruh mengenai program penswastaan , prosedur perlaksanaann dan penentuan susunan keutamaan projek yang akan diswastakan.

 

Program penswastaan yang terkandung dalam PIP mempunyai lima matlamat utama iaitu membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi ,mengurangkan beban pentadbiran dan kewangan Kerajaan ; meningkatkan kecekapan dan produktiviti ; mengecilkan saiz dan mengurangkan penglibatan sector awam dalam aktiviti ekonomi serta membantu pencapaian matlamat penyusuran semula yang terkandung dalam Dasar Pembangunan Nasional . PIP mengenalpasti beberapa kaedah penswastaan seperti penjualan asset , penjualan ekuiti , pajakan aset,, pembelian syarikat oleh pengurusan (MBO) , bina milik- kendali (MBK) dan bina kendali –pindah (BKP) . Dalam perlaksanaan program penswastaan , dua pendekatan telah diterimapakai iaitu berdasarkan projek yang dikenal pasti  oleh Kerajaan dan projek yang dicadangkan oleh pihar swasta .Projek yang dicadangkan oleh pihak swasta adalah bertujuan khususnya untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan keatas daya usaha dan inovasi mereka. 

 

Satu unsure penting dalam PIP ialah Pelan Tindakan Penswastaan  (PTP) dwipindahan yang boleh dipinda , bertujuan membantu melaksanakan program bagi setiap tahun  . PTP mengandungi senarai projek yang memerlukan penyusunan semula atau penyediaan sebelum diswastakan .Ia membolehkan PTP mengkaji  semula setiap tahun bagi mengenal pasti halangan perlaksanaan supaya langkah yang sesuai boleh diambil bagi mempercepatkan perlaksanaan program.  PTP juga mengambil kira persediaan sebelum penswastaan iaitu bermula dengan komersilisasi, diikuti dengan pengkoppratan dan seterusnya penswastaan entity yang berkenaan.

 

 

 

 

 

Kemajuan Perlaksanaan Dasar Penswastaan

 

Sehingga akhir 1999, sebanyak 202 projek dan entity telah berjaya di swastakan atau di korporatkan .Ia terdiri daripada 104 projek baru dan 98 projek sedia ada. Daripada jumlah tersebut ,184 projek telah diswastakan manakala 18 entiti dikorporatkan . Projek dan entity ini terdiri daripada syarikat-syarikat kerajaan , agensi-agensi kerajaan , pembangunan tanah , projek-projek baru seperti lebuh raya , pengeluar tenaga bebas , stesyen televiyen dan sebagainya. Sektor- sector yang terlibat adalah terdiri daripada sector pembinaan; elektrik dan gas ; pengagkutan dan penyimpanan dan komunikasi / multimedia ; bekalan air dan pembentungan ; perkhidmatan kerajaan ; perniagaan borong dan runcit , hotel dan restoran , perkhidmatan kewangan , hartanah dan perniagaan ; pembuatan ; pertanian dan perhutanan ; dan perkhidmatan – perkhidmatan lain .

 

 

Di samping mempercepatkan pertumbuhan ekonomi , tujuan utama Dasar Penswastaan ialah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan  .Penjimatan perbelanjaan pembangunan keseluruhan sejak program nin dilaksanakan pada tahun 1983 adalah kira –kira RM129 bilion .  Sementara penjimatan dari segi perbelanjaan mengurus bagi tempoh yang sama adalah berjumlah RM7.6 bilion. Walaupun program ini bukan bertujuan untuk menjana   hasil dan keuntungan kepada kerajaan , sebanyak RM 23.1 bilion yang diperolehi daripada penjualan aset dan ekuiti .Jumlah ini tidak termasuk pungutan daripada cukai korporat yang tidak mungkin dipungut jika projek berkenaan tidak diswastakan .Pendapatan berulang dalam bentuk sewa pajakan melaluo projek penswastaan juga telah menyumbang kepada hasil kerajaan .Pemjimatan dan hasil daripada penjualan aset dan ekuiti serta cukai korporat telah membolehkan kerajaan mengurangkan pinjaman disamping dapat mengagihkan semula sumber kepada sector lain seperti pendidikan dan kesihatan untuk kesejahteraan rakyat. Ia juga menyumbang kepada belamjawan berimbang dan dengan itu mengukuhkan kewangan sector awam .

 

Dari segi pengurangan anggota Perkhidmatan  Awam , perlaksanaan program penswastaan sehingga kini telah berjaya mengurangkan 107,503 penjawat awam dengan memindahkan kakitangan berkenaan pada pihak swasta atau melalui persaraan berikutan penswastaan  atau pengkopratan agensi-agensi yang terlibat .Dalam masa yang sama , beban pentadbiran kerajaan juga telah dapat dikurangkan , khususnya dari segi urusan pengambilan , kenaikan pangkat , dan latihan kakitangan .

 

Penswastaan  juga boleh menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti entity yang diswastakan melalui penyediaan perkhidmatan dan system pengurusan yang lebih baik. Ini dapat dilihat melalui petunjuk yang digunakan untuk petunjuk yang digunakan untuk mengukur kecekapan dan produktiviti entity yang diswastakan . Pencapaian keseluruhan entity yang diswastakan bertambah baik hasil daripada penambahan keupayaan dan rangkaian perkhidmatan disamping perolehan dan penggunaan peralatan dan teknologi moden. Selain daripada itu , perubahan sikap yang lebih positif serta pembaharuan minda dikalangan kakitangan entity yang diswastakan telah menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti entity tersebut.

 

Sepanjang tahun 1999, sebanyak enam belas projek penswastaan telah ditandatangani . Senarai ini tidak termasuk projek-projek yang diluluskan untuk diswastakan oleh kerajaan dan sedang dalam proses memuktamatkan syarat dan terima perjanjian .